Salah guna kuasa: Pengurus besar direman tujuh hari

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa.


Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md Saad selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan itu hari ini.


Suspek berusia 53 tahun itu sebelum ini didakwa menggunakan kedudukannya dengan melantik syarikat milik anaknya untuk melaksanakan satu projek bernilai lebih RM321,000, tahun lalu.


Seharusnya, projek yang diperuntukkan kepada agensi di bawah pentadbiran suspek diserahkan kepada syarikat yang dipertanggungjawabkan, namun sebaliknya dilakukan suspek.


Kesemua kesalahan didakwa dilakukan sepanjang tahun 2016.


Suspek ditangkap di pejabat SPRM Terengganu semalam, untuk siasatan lanjut.


Siasatan ke atas suspek dibuat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]