Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Tiada sebarang pengurusan dan pengendalian pendaftaran Enforcement Card (E-Kad) bagi pendatang asing tanpa izin (Pati) dilaksanakan di Sabah.


Jabatan Imigresen Sabah melalui Bahagian Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporatnya berkata, jabatan itu turut memaklumkan bahawa ia tidak ada melantik mahupun bekerjasama dengan mana-mana pihak sebagai ejen melaksanakan program E-Kad di Sabah.


Justeru, jabatan itu menasihatkan orang ramai supaya terus berhubung dan melaporkan di Pejabat Imigresen berhampiran sekiranya ada pihak mengendalikan program seumpama itu. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]