UiTM tandatangan MoA dengan tiga universiti Asean

in Nasional by


KOTA BHARU – Universiti Teknologi Mara Uitm menandatangani memorandum perjanjian antarabangsa Moa bersama tiga universiti Asean termasuk Indonesia, Filipina dan Thailand dalam usaha memajukan bidang pendidikan sains sosial dan sains teknologi di sini hari ini.


Naib Canselor Uitm, Prof Emeritus Dr. Hassan Said berkata perjanjian ini mengkhususkan bidang terbabit dengan tiga universiti itu bagibertukar-tukar idea dan pendapat.


“Dalam usaha ini, kita mahu kerjasama terbabit dapat menyumbang idea baru di antara Uitm dan tiga universiti berkenaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan merupakan antara universiti terkemuka.


“Kita mahu kongsi idea untuk pendidikan dan pembelajaran dalam akademik melalui pertukaran pensyarah dan pelajar yang juga dapat mengenal dan memahami budaya masing-masing dan dibawa pulang dengan pengalaman baru,” katanya kepada media di sini, hari ini.


Hadir sama,  Reaktor Uitm cawangan Kelantan, Yang Mulia Dr Tuan Mohd Rosli Tuan Hassan.


Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani moa antara Uitm yang ditandatangani oleh Hassan,  dan wakil tiga universiti itu di sini hari ini.


Dalam perkembangan yang sama beliau berkata gabungan kerjasama antarabangsa ini diharap dapat menghasilkan jurnal terbaik bagi kegunaan bersama.


Hassan berkata,  perjanjian itu dilaksanakan selama tiga tahun dan pihaknya akan bergilir di antara satu sama lain dalam usaha mendapatkan idea yang terbaik dan bernas bagi memajukan bidang pendidikan.


“Kita memilih  tiga universiti terbabit ekoran budaya dan cara kerja mereka yang tidak jauh beza dengan budaya  kita selain bahasa mereka juga mudah difahami.


“Lagipun jarak kedudukan negara Filpina, Indonesia dan Thailand juga dekat dengan Malaysia,” katanya.


Hassan berkata dengan kerjasama ini, diharap dapat mencapai hasrat untuk membangunkan bidang berkenaan ke arah yang lebih esfisyen dan berdaya maju.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]