Yeop bangga aksi Thiago

in Sukan by


BIARPUN terikat 1-1 dengan JDT pada saingan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2017 di Stadium Perak kelmarin, pihak pengurusan skuad The Bos Gaurus itu cukup berbangga dengan aksi cemerlang pertahanan import Perak, Thiago Junio de Aquino.


Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata, aksi cermerlang pemain dari Brazil itu telah berjaya membantu benteng pertahanan skuad The Bos Gaurus itu bagi mengekang asakan bertali arus skuad Harimau Selatan di sepanjang perlawanan.


Menurutnya, biarpun mengalami kecederaan, Thiago telah beraksi dengan baik di sebalik kecederaan yang dialaminya hingga memaksa dirinya menggunakan balutan di bahagian muka.


“Sebenarnya saya tak bagi kredit kepada individu. Saya bagi kredit kepada semua pemain, bagi Thiago biarpun mengalami  kecederaan, dia tetap nak main.


“Dia tetap nak main dan nak bantu kemenangan pasukan,” katanya pada sidang media di pejabat Pafa, petang tadi.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]