12 ditahan leka main judi dalam talian

in Uncategorized by


TELUK INTAN – Keseronokan 12 lelaki tempatan menikmati permainan judi dalam talian dipercayai baru dibuka dua hari terencat selepas mereka ditahan pihak polis dalam sebuah serbuan Jumaat lepas.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, penahanan 12 suspek berkenaan dilakukan menerusi Op Dadu Khas (Mesin Perjudian) di sebuah rumah di Jalan Chui Chak, Langkap sekitar jam 4 petang.


“Ketika serbuan dilakukan kesemua suspek sedang leka bermain judi dalam talian tanpa menyedari kehadiran pasukan polis sebelum cuba melarikan diri.


“Lebih mengejutkan salah seorang daripada 12 suspek yang ditahan merupakan penghuni rumah berkenaan yang menjadikannya sebagai pusat judi selain turut dipercayai baharu beroperasi selama dua hari,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, pagi tadi.


Mohd Marzukhi berkata, hasil daripada serbuan berkenaan pihak polis turut menemui dan merampas 11 buah komputer riba pelbagai jenama, 11 tetikus, 11 pengecas bateri komputer riba, sebuah telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM260.


 


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]