Cari adik hilang sejak 17 hari lalu

in Edisi by


PASIR PUTEH – Keluarga pemuda yang hilang sejak 17 hari lalu berharap orang ramai membantu memaklumkan mereka segera jika terserempak di mana-mana sekalipun.


Ahmad Husnan Abdullah, 28, dari Kampung Dalam Pisang, Wakaf Raja di sini, keluar dari rumah kira-kira jam 11.30 pagi pada 1 Oktober lalu dan tidak pulang sehingga hari ini.


Abangnya, Nasrullah, 35, berkata, pelbagai cara digunakan untuk mencari Ahmad Husnan tetapi tetap menemui jalan buntu.


Menurutnya, selepas membuat laporan mengenainya di Balai Polis Bukit Yong pada 3 Oktober lalu, dia dan saudara mara mengedarkan poster ke merata tempat serta menyebarkannya menerusi media sosial.


“Kami bertanya kepada rakan-rakan dan kelur mencarinya setiap hari termasuk di kawasan Besut, Terengganu, tetapi belum menemuinya.


“Ada kes di mana orang menelefon memaklumkannya tetapi apabila kita sampai di lokasi, pemuda itu bukan adik saya,” katanya sambil berharap orang ramai yang menjumpainya merakam gambar dan menghantar kepadanya seberapa segera.


Orang ramai boleh menghubungi Nasrullah di talian 019-3458710 atau ahli keluarga lain di talian 019-9959355 atau 011-40241347.


Nasrullah berkata, ketika keluar dari rumah 1 Oktober lalu, Ahmad Husnan, anak keenam daripada lapan beradik yang mengalami masalah mental itu memakai baju T biru dan seluar sukan.


“Dia biasa keluar rumah dengan selalu ke Pondok Dalam Huma, paling lama satu malam tidak pulang, tapi kali ini agak lama yang membuatkan kami sekeluarga bimbang keselamatannya,” katanya.




 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]