Dua wanita melecur gas meletup

in Semasa by


PETALING JAYA – Dua wanita melecur di bahagian badan apabila terkena letupan gas jenis petroleum cecair (LPG) di  sebuah rumah di  Sea Park di sini, pagi tadi.


Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 6.35 pagi tadi.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat Damansara dikejarkan  ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.


“Laporan awal dapati kebocoron gas dalam rumah dan berlaku sedikit letupan melibatkan bahagian siling dapur.


“Mangsa mengalami lecur di bahagian badan sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan susulan,” katanya.


Sinar Harian difahamkan, tong gas itu meletup semasa mereka hendak menghidupkan dapur gas.


Punca kejadian juga masih dalam siasatan pihak bomba.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]