Filipina ikrar hapus militan

in Global by


MANILA – FILIPINA. Ketua tentera Filipina berikrar untuk memburu dan menghapuskan kumpulan militan yang mengisytiharkan taat setia kepada Daesh selain memberitahu akan membebaskan bandar selatan Marawi dalam tempoh beberapa hari lagi.


Jeneral Eduardo Ano berkata, kejayaan operasi dalam menumpaskan dua komander tertinggi kumpulan militan dan menggesa 30 anggotanya yang tinggal di zon tempur untuk menyerah diri dan membebaskan tebusan adalah kemenangan melawan kejahatan.


Pemimpin Daesh di Asia Tenggara, Isnilon Hapilon didakwa ditembak mati di kepala oleh penembak tepat manakala pengasas kumpulan militan Maute, Omar Maute terbunuh dalam satu operasi tentera.


“Ia akan mengambil masa beberapa hari sebelum Marawi diisytiharkan telah bebas daripada cengkaman militan. Tiada yang akan terlepas. Sudah tiba masanya untuk menamatkan segala keganasan ini.


“Misi itu berjaya selepas tebusan yang dibebaskan mendedahkan lokasi suspek. Identiti mayat kedua-dua mereka telah ditemui dan dikenal pasti oleh pakar,” katanya.


Sejak pertempuran tercetus pada 23 Mei lalu, lebih 300,000 penduduk dipindahkan dengan 824 militan, 47 orang awam dan 162 anggota tentera terbunuh. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]