Haluan terus bantu etnik Rohingya

in Nasional by


GEORGETOWN – Seramai tiga anggota Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) telah berlepas ke Decca, Bangladesh dalam misi membantu pelarian Rohingya di Coxs Bazar, 13 Oktober lalu.


Pasukan misi kemanusiaan itu diketuai Bashir Abd Ghani dari Haluan Cawangan Pahang, Abdul Halim Khudri dan Utbah Shafie dari Haluan Cawangan Pulau Pinang.


Mereka akan berkampung di sana selama enam hari dan dijangka pulang ke tanah air pada 19 Oktober.


Misi utama pasukan ini adalah untuk menghantar bantuan kemanusiaan, sumbangan daripada rakyat Malaysia melalui Program SINAR4ROHINGYA anjuran Sinar Harian yang menggabungkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Haluan, Yayasan Amal dan banyak lagi.


Di antara objektif bantuan kemanusiaan ini juga adalah menyediakan telaga tiub dan bantuan keperluan kesihatan untuk penghuni di kem pelarian tersebut.


Abdul Halim berkata, rakyat Malaysia diseru untuk terus menyumbang dan menganjurkan program perkongsian pengalaman di organisasi atau tempat masing-masing.


“Setiap sumbangan juga boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan dan Kebajikan Haluan,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]