Kain rentang DAP kena khianat

in Politik by


NILAI – Tidak sampai 24 jam, empat daripada lima kain rentang makluman Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran DAP yang dipasang di sekitar pekan Mantin malam tadi dikoyakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Adun Nilai, J. Arul Kumar berkata, kesemua kain rentang itu dipasang kira-kira jam 11.30 malam dan ia disedari rosak kira-kira jam 10 pagi tadi.


“Saya tak tahu apakah motif mereka melakukan perbuatan demikian dan yang pasti kejadian sabotaj sebegini akan berlaku setiap kali menjelang pilihan raya.


“Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13  lalu pun kain rentang kami (DAP) bukan sahaja dikoyakkan, tapi turut disimbah dengan cat dan dicuri,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP negeri berkata, pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa dan menyifatkan perbuatan itu sebagai budaya politik tidak sihat.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]