Kesal tindakan lengahkan tandatangan dokumen

in Edisi Selangor KL by


BANTING – Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 1 kesal dengan tindakan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sijangkang melengah-lengahkan proses menandatangani sebuah dokumen yang diserahkan ke pejabat tersebut pada 11 Oktober 2017.


Pengerusinya, Khairul Fikril Aziz Kamaruzzaman berkata, beliau terpaksa ke pejabat adun berkenaan selepas dua hari sebelumnya berturut-turut membuat panggilan kepada Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi tetapi masih tiada jawapan.


Menurutnya, sebelum dokumen tersebut dihantar ke pejabat pada 11 Oktober, sekali lagi beliau menghubungi wakil rakyat berkenaan namun tidak berjawab, sehingga beliau berdepan dengan kakitangan  yang memberitahu wakil rakyat itu bakal menandatangani dokumen tersebut pada malamnya dan akan menghubungi nya keesokan harinya.


“Tapi sehingga semalam masih tak ada jawapan, dan saya ke pejabat Ahmad Yunus semula untuk mendapatkan penjelasan.


“Masa tu kerani bertugas memaklumkan YB sudah ambil kertas kerja itu untuk diteliti dan sekali lagi memohon supaya menghubungi YB untuk mendapat tahu bila boleh mengambil semula dokumen, tetapi masih tidak berjawab,”katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kuala Langat, hari ini.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]