Kesal tindakan sabotaj KPKT di PPR Lembah Subang 1

in Edisi Selangor KL by


SUBANG – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluahkan rasa kesal dengan tindakan ‘penghisap aiskrim’ yang pro kepada kerajaan negeri yang didakwa cuba mensabotaj kerja-kerja yang dilaksanakan KPKT di PPR Lembah Subang 1.


Menurutnya, KPKT sudah mengganti baru sejumlah 23 lif yang membabitkan peruntukan RM16 juta termasuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kad akses tetapi ada sahaja yang disabotaj mereka.


“Mereka potong wayar-wayar dan lain-lain hinggakan terdapat 254 unit rumah kosong ekoran ketiadaan penghuni.


“KPKT juga sudah membelanjakan sejumlah RM3.1 juta dalam membaiki rumah-rumah kosong di PPR berkenaan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra dan memberi sumbangan Deepavali kepada kira-kira 300 penduduk kaum India di PPR itu, di sini hari ini.


Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu turut terkilan apabila apa yang dilaksanakan dan dirancang pihaknya cuba digagalkan penyokong kerajaan negeri di kediaman berkenaan.


Umno mereka label kata makan dedak, saya nak isytiharkan bahawa semua yang mensabotaj apa kita buat sebagai ‘penghisap aiskrim’ kerajaan Selangor,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]