Pemimpin termuda di dunia menang Pilihan Raya Austria

in Global by


VIENNA – AUSTRIA. Pemimpin Parti Rakyat di Austria telah mengumumkan kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum negara itu, sekali gus menjadikan beliau sebagai ketua kerajaan termuda di dunia.


Pengumuman itu dibuat Menteri Luar, Sebastian Kurz, 31, malam kelmarin berikutan keputusan awal menunjukkan parti konservatif pimpinannya mendahului pemilihan tersebut selepas lebih 90 peratus undi dikira.


“Saya sangat terharu. Kami berjaya menjadikan perkara mustahil menjadi realiti. Terima kasih atas komitmen anda dan kejayaan bersejarah ini. Ia adalah peluang kita untuk melaksanakan perubahan sebenar,” katanya kepada penyokong.  


Difahamkan, Kurz adalah dua tahun lebih muda daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan lapan tahun lebih muda daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron.


Walaupun kemenangannya tanpa majoriti jelas, beliau masih perlu membentuk kerajaan campuran.


Kurz bagaimanapun enggan mendedahkan strateginya, sebaliknya beliau mahu menunggu keputusan akhir pilihan raya tersebut untuk melihat sama ada Parti Demokratik Sosial atau Parti Kebebasan (FPO) menduduki tempat kedua. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]