Remaja dipercayai pengedar ditahan

in Edisi by


TELUK INTAN – Seorang remaja dipercayai pengedar dadah berjaya diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Manik, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.


“Hasil daripada serbuan yang dijalankan pihak polis berjaya menemui dan merampas dadah jenis Heroin seberat 15.25 gram serta dadah jenis Syabu/Methamphetamine seberat 2.81 gram.


“Polis turut merampas empat unit alat penimbang digital, satu potongan aluminium foil, sebotol kaca lutsinar serta alat pemeti api dipercayai digunakan untuk kegiataan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, pagi tadi.


Katanya, polis turut merampas dua buah kereta dan sebuah motosikal dipercayai milik suspek.


“Hasil semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati dia tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah dan suspek kini direman bermula 14 sehingga 20 Oktober.


“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati (mandatori),” katanya.




 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]