Terima kasih! Sumbangan anda selamat ke tangan pelarian

in Nasional by


MISI bantuan kemanusiaan yang memasuki fasa kedua terus-menerus menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya, di sini.


Terbaharu, 100 kit kebersihan dan 200 bungkusan makanan diserah kepada  pelarian di sekitar Kem Pelarian  Maisori Teknaf, yang terletak 150 kilometer dari Cox’s Bazar.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.744285.1508208887!/image/image.jpg
Pelarian menerima barang keperluan menerusi Tabung SINAR4ROHINGYA


Kem ini terdapat lebih 200 keluarga pelarian Rohingya yang baharu tiba.


Sebahagian besar harungi perjalanan sukar selama lapan hari hingga dua minggu dan tiba dalam keadaan tidak terurus dan menumpang sementara di khemah tanah milik orang tempatan.


Ketua Misi Bantuan Haluan, Abdul Bashir Abd Ghani berkata, yang mengetuai misi pemberian kit kebersihan berharap pemberian dapat kurangkan beban mereka.


“Bantuan kit kebersihan diri ini dapat menjaga tahap kebersihan dan kesihatan mereka setelah beberapa hari tidak dapat membersihkan diri dengan sempurna.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.744283.1508208830!/image/image.jpg
Sebahagian daripada 100 wanita di Kem Pelarian Teknaf menerima bantuan yang disampaikan Haluan Malaysia hasil wang tabung SINAR4ROHINGYA.


“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa cakna kesusahan pelarian Rohingya di sini, sumbangan anda kami sampaikan terus ke tangan  pelarian,” katanya.


Katanya,  agihan barangan berjalan dengan baik dan lancar hasil kerjasama wakil NGO tempatan.


“Alhamdulillah mereka menunggu dengan penuh sabar  di lokasi yang telah ditetapkan,” katanya.


Kit kebersihan tersebut mengandungi tuala wanita, sabun mandi, ubat dan berus gigi, periuk serta kendi air.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.744284.1508208858!/image/image.jpg
Abd Bashir menyerahkan kit kebersihan kepada wanita Rohingya


Sementara itu, bantuan makanan diserah wakil Yayasan Amal yang telah menyampaikan sumbangan beras kepada pelarian Rohingya. Terima kasih Malaysia!


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]