350 petani di Perlis terima bantuan

in Edisi Utara by


PADANG BESAR – Sebanyak 350 petani di Perlis menerima mesin dan peralatan tani bernilai RM3.5 juta di bawah Program Azam Tani (PAT) sejak ia diperkenalkan pada 2011.


Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata bantuan itu disalurkan kepada golongan miskin tegar dan miskin bagi meningkatkan taraf hidup mereka.


“Setiap penerima diberi mesin atau peralatan pertanian dengan kos maksima RM10,000 bagi memudahkan mereka menjalankan pekerjaan sesuai dengan mesin atau peralatan yang mereka terima,” katanya pada Majlis Penyerahan Mesin dan Peralatan Tani di Kompleks Pertanian Bukit Temiang dekat sini hari ini.


Mat Rawi berkata PAT merupakan kesinambungan Program Transformasi Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah rakyat berpendapatan rendah.


Objektif program tersebut untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan sasar melalui pemberian bantuan projek ekonomi dalam sektor tanaman, perikanan, penternakan, pemprosesan hasil tani dan perkhidmatan, katanya.


“Matlamat kerajaan mahu melihat para petani berusaha sendiri untuk mengubah corak hidup mereka menggunakan segala bantuan yang diberi,” katanya.- Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]