'Bukan janin, hanya tumpahan darah'

in Edisi by


MACHANG – Tumpahan darah ditemui di tandas sebuah stesen minyak di sini, tengah malam tadi bukan janin seperi didakwa.


Sebelum ini, dakwaan janin dijumpai dibuang di dalam tong sampah itu tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan  Dzulkifli Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima aduan daripada pekerja di stesen minyak berkenaan selepas dimaklumkan orang awam yang menggunakan tandas itu.


Katanya, anggotanya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan terdapat banyak darah di dalam tandas, yang mana dikatakan turut terdapat janin.


“Selepas diperiksa pegawai perubatan, ia bukan janin sebaliknya kesan tumpahan darah”, katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]