Gempa bumi kuat landa Pulau Tonga

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Pulau Tonga pada jam 8 malam ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berpusat 891 km dari tenggara Laucala, Fiji dan 7,919 dari tenggara Semporna, Sabah.  


Bagaimanapun, kenyataan itu berkata gempa bumi berkenaan tidak mengakibatkan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]