Himpunan anti kleptokrasi kurang berjaya

in Politik by


PENGERUSI DAP Selangor, Tony Pua akui himpunan anti-kleptokrasi bertemakan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan Sabtu lalu kurang berjaya.


Beliau menegaskan, terdapat dua perkara perlu diperhatikan dalam perhimpunan tersebut iaitu pertama, kehadiran kaum Melayu yang menggalakkan iaitu mencapai antara 70 hingga 80 peratus dan kedua, jumlah kehadiran kaum bukan Melayu yang kurang memberangsangkan.


“Apa yang merisaukan ialah perhimpunan tersebut diadakan di Petaling Jaya, iaitu kawasan yang padat dengan penduduk Cina, tetapi jumlah mereka yang hadir tidaklah begitu menggalakkan,” kata Tony seperti dipetik dalam Nanyang Siang Pau.


Menurut beliau, DAP masih memainkan peranan penting untuk mengembalikan keyakinan kaum bukan Melayu bahawa peluang untuk Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu tetap ada.


“Ramai warga kota bekerja di Lembah Klang pulang mengundi di negeri lain. Oleh itu, undi mereka apabila bergabung dengan undi Melayu,  Harapan baru ada peluang untuk menumbangkan kerajaan BN,” katanya.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]