Inflasi dijangka meningkat

in Bisnes by


RAM Ratings menjangka kadar inflasi meningkat lagi 4.6 peratus pada September 2017, di tengah-tengah kenaikan harga minyak.


Peningkatan itu dijangka pada 0.9 mata peratusan lebih tinggi berbanding kenaikan 0.5 peratusan pada Ogos.


Kenaikan pantas harga pengguna disokong harga petrol runcit tinggi pada purata RM2.19 seliter pada September (berbanding RM2.12 pada Ogos) susulan kenaikan tinggi harga minyak mentah global.


“Purata harga minyak mentah Brent melonjak sehingga AS$56.15 (RM124.65) setong pada September yang juga paras tertinggi sejak Julai 2015.


“Keseluruhan harga pengguna dijangka meningkat kadar perlahan 3.5 peratus dalam separuh kedua 2017,” kata RAM. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]