Kerajaan peruntukkan RM130j, bina benteng Sg Kelantan

in Edisi by


TUMPAT – Peruntukkan sebanyak RM130 Juta daripada kerajaan pusat  untuk membina benteng sejauh tujuh kilometer di Sungai Kelantan.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembinaan itu dimulakan selewat-lewatnya April tahun depan.


“Kita jangkaan siap dalam tempoh dua tahun, benteng ini berbentuk dinding yang diisi dengan pasir.


” Ia mampu bertahan ratusan tahun, insyaallah dapat menyelamatkan Kampung Laut daripada ditengelami banjir,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas diberikan taklimat mengenai projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Fasal 1 di Kampung Laut di sini, petang tadi.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha dan Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Amin.


Wan Junaidi berkata, siapnya benteng itu nanti, pembangunan di Kampung Laut sebagai Kampung Warisan Pelancongan yang dilaksanakan oleh  Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dibangunkan.

 


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]