Kereta terbabas langgar pokok

in Semasa by


SHAH ALAM – Seorang lelaki cedera apabila kereta jenis Nissan Sentra 1.6 dipandu terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Pikolo 33/16 di sini, semalam.


Difahamkan, ketika kejadian mangsa tersepit di tempat pemandu.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.15 pagi.


Katanya, bantuan kecemasan segera diberikan  sebaik tiba di lokasi.

Kereta mangsa yang terbabas di Seksyen 27, semalam.FOTO: BOMBA SELANGOR


“Setibanya di sana, anggota terus melakukan operasi menyelamat mangsa.


“Terdapat penumpang yang berada di bahagian belakang dan telah diselamatkan oleh orang awam. Anggota bertugas mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan mengguna ‘hydrolic cutter’ sebelun mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya.


Jelas beliau, operasi  yang berakhir jam 9.52 pagi itu melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Shah Alam dan sebuah jentera.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]