Lloris pemusnah harapan Real

in Sukan by


HUGO Lloris menjadi wira Tottenham Hotspurs usai membantu pasukan itu mengikat juara bertahan, Real Madrid di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.


Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino memuji penampilan luar biasa penjaga gol kebangsaan Perancis itu dan menyebut beliau sebagai antara penjaga gol terbaik di dunia.


Dalam perlawanan itu, Lloris tampil cemerlang dengan menggagalkan lima percubaan tepat Real Madrid. Beliau hanya dibolosi satu kali menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Cristiano Ronaldo.


“Prestasi Lloris dalam perlawanan ini memang cukup mengagumkan dan beliau layak mendapat pujian daripada semua orang.


“Dengan aksi seperti ini memang tidak ragu-ragu lagi beliau antara penjaga gol terbaik bukan sahaja di Eropah tetapi juga di dunia.


“Saya begitu bangga kerana dengan usaha semua pemain untuk memastikan kami memperoleh mata dalam perlawanan yang sukar seperti ini,” katanya.


Hasil seri itu berjaya meletakkan Spurs sebagai pendahulu kumpulan H berkongsi tujuh mata dengan Real Madrid yang berada di tangga kedua.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]