MEF ingin berdialog lagi isu SIP

in Nasional by


PERSEKUTUAN Majikan Malaysia (MEF) tetap membantah Skim Insurans Pekerjaan 2017 (SIP) kerana jumlah caruman bagi majikan dan pekerja perlu diturunkan lagi.


Selain itu, MEF juga mendapati segala isi kandungan skim itu seperti berkaitan pampasan kepada pekerja juga perlu dikemaskinikan.


Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya sukar menyokong SIP yang dicadang kerajaan itu kerana ia tidak memihak kepada majikan dan pekerja.


“Jumlah caruman 0.2 peratus yang dikenakan terhadap majikan dan pekerja perlu dikurangkan lagi,” katanya kepada China Press.


Kata Shamsuddin, pihaknya akan meminta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot untuk mengadakan perbincangan sekali lagi agar masalah itu dapat diselesaikan dengan segera.


Rang Undang-Undang (RUU) SIP yang baharu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa ini.


Kata Richard, RUU itu dapat persetujuan hasil rundingan tiga pihak melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja.


RUU sebelum ini yang dibentang pada 1 Ogos lalu ditarik semula selepas dapat tentangan daripada beberapa pihak terutama kesatuan pekerja.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]