'Napoli menyusahkan City'

in Sukan by


PEP Guardiola mengakui berbangga dengan kemenangan tipis 2-1 Manchester City ke atas Napoli dalam aksi Liga Juara-juara Eropah di Etihad awal pagi tadi.


Kemenangan ini menjadi kemenangan ketiga berturut-turut diraih The Citizen dalam kempen Liga Juara-juara Eropah selepas turut menundukkan Feyenoord dan Shakhtar Donetsk sebelum ini.


Menurut Guardiola, sepanjang kariernya menjadi pengurus, Napoli merupakan antara pasukan terbaik yang pernah beliau hadapi.


“Tiada keraguan lagi bahawa Napoli merupakan antara pasukan terbaik di Eropah. Mereka antara pasukan terbaik yang pernah saya hadapi sepanjang menjadi pengurus.


“Sejak awal lagi saya sudah mengetahui bahawa mereka mampu memberikan kami kesukaran sepanjang 90 minit perlawanan dan ini memang terbukti dalam perlawanan ini.


“Jadi, saya sangat bangga kami mampu menewaskan mereka untuk mendapatkan tiga penting dan mencatat tiga kemenangan berturut-turut di Liga Juara-juara Eropah,” katanya.


Dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan, City terus mengukuhkan kedudukan untuk menjadi pendahulu kumpulan F.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]