Polis buru 75 individu terlibat pelbagai jenayah

in Semasa by


KUANTAN  –  Polis sedang memburu 75 individu paling dikehendaki membabitkan pelbagai kesalahan jenayah seperti bunuh, mendatangkan kecederaan, rogol, pecah rumah dan curi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Pahang,  Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, jumlah keseluruhan suspek yang dikehendaki adalah seramai 1,770 namun untuk permulaan, 75 individu paling dikehendaki di dedahkan.


Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 24 kes melibatkan curi motosikal, pecah rumah (21 kes), curi (12 kes), bunuh (6 kes), rogol (5 kes), curi dalam bangunan (4 kes), mendatangkan kecederaan (2 kes) dan ceroboh (1 kes).


“Kesemua suspek adalah melibatkan kes antara 2010 hingga 2016 dan polis memerlukan maklumat daripada orang awam bagi membantu menyelesaikan kes tersebut.


“Mereka ini ada yang beralamat luar dari Pahang dan amat diperlukan bagi membantu siasatan terhadap pelbagai kesalahan membabitkan jenayah yang berlaku di seluruh negeri ini,” katanya.


Othman berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh ke balai polis berhampiran.


 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]