'Reds luar biasa hebat'

in Sukan by


KEMENANGAN besar tujuh gol tanpa balas dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu Maribor di Ljudski vrt Stadion awal pagi tadi membuktikan Liverpool masih belum hilang bisa.


Pengurusnya, Juergen Klopp menyifatkan anak buahnya sudah menunjukkan kematangan dengan penampilan yang cukup mengagumkan ini.


“Seawal minit pertama lagi kami sudah berada di landasan tepat untuk mencatat kemenangan bergaya. Pemain-pemain saya beraksi dengan semangat tinggi kali ini.


“Gol-gol yang dicipta cukup luar biasa dan aksi dipamerkan pemain jelas menunjukkan kematangan.


“Apa yang penting ialah kami berjaya membuatkan Maribor nampak seperti sebuah pasukan yang sangat teruk dan sukar untuk menyaingi kami,” katanya.


Tujuh gol yang dihasilkan dalam perlawanan itu hasil sumbangan dua gol daripada Mohamed Salah dan Roberto Firmino manakala masing-masing satu gol disumbangkan Philippe Coutinho, Alex Oxlade-Chamberlain dan Alexander-Arnold.


Keputusan itu meletakkan The Reds sebagai pendahulu kumpulan E dengan lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]