Tun M digesa mengaku silap, tarik balik kenyataan

in Semasa by


SHAH ALAM – Persatuan Melayu Bugis Selangor Daerah Sepang menyarankan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik kenyataan yang dibuat dan memperakui kesilapannya berhubung masyarakat bangsa Bugis.


Penasihatnya, Tengku Datuk Prof Dr Jamaluddin Tengku Mahmud Shah Al-Haj juga mengingatkan ahli politik agar tidak sesekali membuat kenyataan melibatkan hal ehwal keturunan jika tidak mengetahui sejarah pembentukan Negeri-Negeri Melayu di gugusan Tanah Melayu.


“Saya ingin jelaskan kepada Mahathir, dalam masyarakat bangsa Bugis, aktiviti belayar, mengembara, berdagang dan merantau merupakan tradisi utuh dalam kehidupan mereka.


“Sebagai suku bangsa terkenal dalam aktiviti pelayaran, pelaut Bugis telah mengembangkan suatu kebudayaan maritim sejak beberapa abad lalu, mereka juga terkenal sebagai pahlawan sehinggakan digelar sebagai ‘lanun’ digeruni oleh Belanda dan Inggeris,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Bagaimanapun beliau berkata, persepsi segelintir masyarakat yang melabelkan orang Bugis sebagai lanun tercetus hasil daripada teknik propaganda Belanda dan Inggeris sedangkan ia tidak benar.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]