Wajib menang di Wembley: Zidane

in Sukan by


PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane tidak gembira dengan prestasi pemainnya apabila sekadar seri 1-1 dengan Tottenham Hotspurs di laman sendiri dalam aksi Liga Juara-juara Eropah awal pagi tadi.


Menurutnya, satu mata yang diperoleh dalam perlawanan ini akan ditebus pasukannya pada aksi kedua di Wembley nanti.


“Saya memang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, tetapi kami masih ada perlawanan kedua di Wembley.


“Tiga mata yang kami sia-siakan di laman sendiri ini akan kami tebus di sana nanti.


“Saya juga akan pastikan perlawanan itu akan menjadi seperti perlawanan akhir yang mana kami akan memenanginya,” katanya.


Dalam perlawanan itu, Spurs terlebih dahulu mengejutkan juara bertahan itu hasil daripada gol sendiri Raphael Varane pada minit ke-28.


Namun, menjelang minit akhir separuh masa pertama, pengadil menghadiahkan penalti kepada Real Madrid yang telah disempurnakan oleh Cristiano Ronaldo untuk mengikat kedudukan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]