533 ketulan ganja dirampas

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Polis merampas kira-kira 533 ketulan ganja dianggarkan bernilai RM1.58 juta dalam serbuan di sekitar Kuala Kedah, di sini, semalam.


Empat individu ditahan dalam serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah bersama JSJN Bukit Aman bermula jam 6.20 hingga 7.40 pagi itu.


Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, empat individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 33 tahun.


“Setakat ini, rampasan dadah dipercayai ganja dianggarkan seberat 529.7 kilogram (kg) itu adalah kedua terbesar di negara.


“Siasatan mendapati ketulan ganja itu diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan termasuklah ke Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kedah, hari ini.


Kesemua yang ditahan akan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh disabitkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]