Air mata Justin Trudeau buat sahabat

in Global by


OTTAWA – KANADA. Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengalirkan air matanya saat berbicara mengenai kematian sahabatnya, Gord Downie lapor Metro.co.uk


Berucap ketika satu sidang akhbar, beliau mendakwa kehilangan penyanyi kumpulan The Tragically Hip itu adalah kehilangan yang besar buat negara.


“Kita kehilangan salah seorang yang terbaik daripada kita, Gord merupakan rakan saya tetapi dia juga adalah berkawan dengan semua orang.


“Dia sangat menyayangi negara ini, mahu melihat ia menjadi lebih baik, Kanada tidak sama tanpanya. Saya ingat saya boleh melakukannya (tribut buat Gord) tetapi saya salah, rasanya sangat menyakitkan,” katanya sambil menangis.


Downie, 53 tahun meninggal dunia kerana kanser otak yang dialaminya setelah setahun didiagnosis, keluarga dan ahli kumpulannya mengesahkan berita kematiannya itu menerusi satu kenyataan.


“Gord meninggal dunia pada Selasa dikelilingi oleh ahli keluarga dan teman rapat, dia tahu masanya semakin hampir dan ingin menghabiskannya bersama orang tersayang.


“Gord pernah berkata bahawa dia mempunyai kehidupan yang berwarna-warni, sebagai ahli muzik, dia beruntung dapat melakukannya selama 30 tahun bersama-sama teman sekolahnya.


“Tiada orang yang berusaha keras dalam hidupnya melainkan Gord,” tulis kenyataan tersebut.


Downie sebelum ini terlibat dalam usaha¬† pendamaian orang asli dan bukan asli di Kanada¬† serta telah dilantik sebagai ‘Order of Canada’ sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinannya dalam isu tersebut.


Source: SH Global

[featured-video-plus]