Demontrasi 1974 hanya berulang jika mahasiswa kuat

in Nasional by


BALING – Tidak mustahil demontrasi golongan penoreh pada 1974 bagi di Baling ini kembali berulang sekiranya mahasiswa kembali kepada peranannya.


Pensyarah Kanan Ekonomi dan Pembiayaan Islam, Kulliyyah Muamalat, Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Dr Yusuf Othman berkata, mahasiswa adalah pelopor dalam menuntut kenaikan harga getah melalui demontrasi 1974.


“Gerakan mahasiswa zaman itu kuat, mereka disertai tokoh-tokoh berwibawa. Tetapi demontrasi tahun 1974 sukar berlaku kerana keadaan mahasiswa hari ini.


“Saya lihat mahasiswa hari ini tidak peduli, tidak prihatin dan tidak ambil pusing terhadap masalah masyarakat,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejatuhan harga getah di Kuliyyah Muamalat Kolej Universiti Insaniah (Kuin).


Baliau berkata, pelaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku 1971) juga antara faktor pelemah suara mahasiswa.


“Akta ini menyekat mahasiswa. Mereka dikenakan tindakan apabila bersuara,” katanya.


Demontrasi 1974 menyaksikan penglibatan 10,000 mahasiswa bersama ribuan petani turun ke jalanan bagi menuntut kerajaan menaikkan harga getah.


Ia adalah gerakan terbesar mahasiswa negara ini pernah direkodkan. Demontrasi itu berakhir dengan penangkapan 2,000 mahasiswa dan ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Tahun lalu, lebih lima siri demontrasi digerakan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik di Baling namun gagal mengulangi sejarah demontrasi 43 tahun lalu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]