Didik keluarga cintakan al-Quran

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


SEREMBAN – Program Hijrah Itu Indah anjuran bersama Masjid Paroi Jaya, Rumah Ngaji Negeri Sembilan dan Wanita Perkim Seremban, meriah dengan kehadiran lebih 500 jemaah di sekitar kariah Paroi Jaya di sini, semalam.


Program yang julung kali diadakan ini turut melancarkan tabung Sinar4Rohingya dan Kempen MyFamily#QuranHour.


Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kepenggunaan dan Alam Sekitar, merangkap Adun Ampangan, Datuk Abu Ubaidah Mohd Redza.


Menurut Penyelaras Rumah Ngaji Negeri, Gharizah Hashim, program kempen MyFamily#QuranHour ini adalah sebahagian usaha untuk memantapkan pemahaman dan bacaan al-Quran di rumah.


Katanya, bacaan al-Quran perlu diterapkan kepada anak-anak sejak dari awal bagi membangkitkan semangat dan jiwa sayangkan al-Quran.


Dalam program tersebut, turut disampaikan hasil sumbangan orang ramai yang prihatin menerusi  tabung Sinar4Rohingya kepada Ketua Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, berjumlah RM6,500


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]