Lionel Messi tiada tandingan

in Sukan by


PRESIDEN Barcelona Josep Maria Bartomeu mengucapkan tahniah kepada pemainnya, Lionel Messi yang telah mencatat rekod 100 gol dalam semua kejohanan Eropah.


Rekod ini tercipta selepas Messi menjaringkan satu gol untuk membantu Barcelona mencatat kemenangan bergaya 3-1 ke atas Olympiakos dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.


Bartomeu berkata, kejayaan ini telah membuktikan Messi masih tiada tandingan sebagai pemain bola sepak terbaik dunia buat masa ini.


“Saya sanggup memberikan semua anugerah yang ada di dunia ini untuk Messi kerana buat masa ini tiada siapa lagi mampu menandingi kehebatannya.


“Dia sudah mencipta satu era baharu dalam bola sepak dan kini dia berada di tangga paling atas,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]