Parlimen Cameron Hinglands masih milik MIC

in Politik by


BANDARAYA MELAKA – Kerusi Parlimen Cameron Hinglands masih kekal milik MIC dan bukannya akan bertukar kepada MyPPP.


Presidennya, Datuk Seri Dr. Subramaniam berkata, isu mahu dan meminta kerusi adalah senario biasa dalam politik namun kerusi MIC itu telah pun dipersetujui Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.


Menurutnya, hal-hal pilihan raya termasuk kerusi Cameron Highlands sempat dibincangkan bersama Perdana Menteri ketika Rumah Terbuka Deepavali MIC siang semalam.


“Kita bincang secara umum tentang PRU, kerusi Cameron Highlands lagipun sebelum ini dah banyak bincang tentang kerusi itu.


“PM yang maklumkan kerusi tersebut masih milik MIC dan tidak akan berubah,” katanya.


Subramanian berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas dakwaan MyPPP, Tan Sri M Kayveas bahawa kerusi Parlimen Cameron Highlands akan diberikan kepada parti tu.


Dalam pada itu lebih 500 orang hadir termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali di kediamannya di Lorong Ujung Pasir, malam tadi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]