Pastikan tiada aktiviti perjudian di daerah SPU

in Edisi Utara by


KEPALA BATAS -“Tidak akan ada sebarang aktiviti perjudian dalam daerah ini selagi mana saya sebagai Ketua Polis Daerah disini, itu tegas Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor.


Noorzainy berkata tidak ada sebarang aktiviti perjudian dan tidak ada sebarang tempat perjudian yang dilaporkan beroperasi setakat ini di dalam daerah ini.


“Pihak polis di IPD Seberang Perai Utara akan melaksanakan seperti mana arahan Ketua Polis Negara dan kita memang ada tindakan pembanterasan secara habis-habisan.


“Setakat ini tidak ada sebarang aktiviti perjudian, baik pusat perjudian, secara atas talian yang berjalan di dalam daerah Seberang Perai Utara,” katanya.


Katanya, tindakan berterusan sentiasa diambil pihaknya dalam memastikan tiada pusat perjudian yang beroperasi.


“Tindakan berterusan dimana setiap hari setiap malam ada team khas untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang tempat yang beroperasi walaupun dalam keadaan curi-curi.


“Disini saya mohon bantuan masyarakat jika ada maklumat yang mengatakan ada tempat yang ada aktiviti perjudian, diharap tolong maklumkan dan tindakan serta merta dan segera akan diambil.


“Kita akan mengambil tindakan dibawah peruntukan undang-undang sedia ada dan saya tegaskan kegiatan perjudian di dalam daerah ini tidak ada dan selagi saya Ketua Polis Daerah ini saya akan pastikan ia tidak akan ada,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]