PBB pulang tanpa hasil

in Global by


YANGON – MYANMAR. Pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pulang dengan tangan kosong dari rundingan lima hari di Myanmar yang bertujuan menggesa mengembalikan keselamatan penduduk Islam Rohingya dan memberi akses kepada pekerja bantuan.


Ketua Setiausaha Agung PBB untuk urusan politik, Jeffrey Feltman telah membincangkan nasib 582,000 Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan tatmadaw di Rakhine sejak 25 Ogos lalu.


Jurucakap PBB, Stephane Dujarric memberitahu, Feltman bertemu dengan Penasihat negara Myanmar Aung San Suu Kyi dan ketua tentera Jeneral Min Aung Hlaing serta dibawa melawat negeri konflik, Rakhine.


“Beliau mengulangi gesaan Setiausaha Agung Antonia Guterres supaya kakitangan kemanusiaan diberi akses penuh dan pelarian dibenarkan pulang ke tanah air dengan selamat. Ini adalah rundingan yang berterusan dengan kerajaan Myanmar,” katanya.


Sejak beberapa minggu lalu, PBB telah menggesa agar pekerja bantuan dibenarkan masuk ke Rakhine dan pelarian diizinkan untuk pulang. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]