Remaja lelaki hilang ketika mandi bersama adik

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Pantai Miami, Batu Feringghi di sini tadi.


Jurucakap bomba berkata, mangsa dikatakan mandi bersama adiknya di pantai terbabit.


Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 12.17 tengahari tadi.


“Kedua-duanya dikatakan mandi di pantai tersebut namun adik mangsa dapat diselamatkan orang awam yang menyedari kejadian tersebut.


“Usaha mencari mangsa sedang dijalankan dan kita mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahan Awam (APM). Mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi tadi.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]