SAR remaja hanyut diperluaskan ke Tenom

in Edisi by


KENINGAU-Pencarian seorang remaja yang hanyut ketika cuba menyeberangi Sungai Pegalan yang memasuki hari kempat hari ini diperluaskan sehingga ke daerah Tenom


Penolong Kanan II Pasukan Bomba dan Penyelamat Keningau Raizaain Ag. Damit berkata sehingga 2 petang tadi pasukannya masih gagal mengesan mangsa Mohd Hazmi Zihni Jubik, 18.


‚ÄúPencarian tertumpu di kawasan sepanjang tebing sungai sehingga ke Tenom yang akan dikendalikan bersama dengan agensi lain yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR),” katanya ketika dihubungi Bernama.


Beliau berkata SAR yang turut disertai polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk tempatan itu kini tertumpu di Sungai Pegalan sehingga ke Sungai Padas.


Mangsa yang merupakan rakyat tempatan dan menetap di Taman Golf View Keningau dilaporkan meninggalkan rumah kira-kira 2 petang Ahad lepas untuk bertemu seorang rakan di Kampung Lingkudau.


Pada keesokan harinya kenderaan mangsa ditemukan oleh orang ramai kira-kira 150 meter dari laluan jambatan konkrit menghala ke Kampung Dangulad. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]