Sejauh mana pekerja swasta dianaktiri?

in Nasional by


SEJAUH mana kebenaran pekerja sektor swasta seperti ‘dianaktirikan’ dalam pembentangan bajet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Terdahulu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan pembentangan Bajet 2017 sebagai mengecewakan apabila kerajaan dilihat seolah-olah meminggirkan kakitangan swasta biar pun sektor itu turut menyumbang dalam pembangunan negara.


Memetik laporan sebuah portal tempatan pada Oktober tahun lalu, SetiausahaAgung MTUC, N Gopal Kishnan melihat pekerja swasta seperti dianaktirikan walaupun sektor swasta membawa kepada Keluaran Dalam Negara.


Bagi mengupas lanjut tentang isu ini, Sinar Harian telah mendapatkan penjelasan kepada Penganalisis Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusof Saari.


Menurutnya,  secara kesuluruhan apa yang diutarakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mewakili 20 peratus daripada keseluruhan buruh di Malaysia iaitu kira-kira 2.9 juta kakitangan awam dan selebihnya adalah kakitangan swasta.


“Bagi saya sedikit ‘anaktiri’ itu mungkin juga sebab kita tahu bajet hanya memfokuskan kepada 20 peratus itu sahaja.


“Kerajaan tidak ambil peduli dengan sektor swasta bagaimanapun tidak betul sepenuhnya kerana kerajaan juga melaksanakan skim upah minimum secara spesifiknya bagi kakitangan swasta. Tetapi sama ada ia menunjukkan kebaikan atau sebaliknya masih menjadi tanda tanya,” katanya.


Beliau berkata, ini kerana, pertama, di Malaysia tiada pemantauan khusus untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan upah minimum di industri.


Katanya, sektor di Malaysia banyak sektor tidak formal dan tidak tertakluk denganundang-undang berkaitan buruh yang sebenarnya firma itu tidak layak menerima kebaikan dasar upah minimum kerana firma yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau GST.


Dalam pada itu, Yusuf menyarankan agar kerajaan sepatutnya melihat sesuatu dasar atau usaha  yang memberikan kebaikan kepada semua termasuk perkhidmatan awam atau juga swasta.


“Walaupun kita tahu swasta ada kenaikan pendapatan, tetapi ia hanya melibatkan sebilangan tertentu  sahaja contohnya dalam sektor pembuatan dan melibatkan pekerja tidak mahir, pendapatan mereka meningkat secara perlahan ditambah lagi dengan tekanan ekonomi semasa yang perlahan.


“Kerajaan perlu lihat pekerja sektor swasta yang mewakili 80 peratus. Kalau ada Cuepacs yang mewakili perkhidmatan awam, sektor swasta pula diwakili MTUC. Tapi MTUC tidak cukup tegas dan agresif dalam hal ini…mengapa persatuan yang mewakili sektor swasta tidak segagah Cuepacs?” katanya.


Tambah beliau lagi, bagaimanapun, pihak swasta mungkin akan mendapat kebaikan dalam konteks Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau pengurangan cukai.


“Apa yang saya lihat di sini, ada relevan bahawa mereka (swasta) dianaktirikan mungkin sebab peranan persatuan yang mereka anggotai. Kerajaan harus mengambil inisiatif dan pemantauan dalam upah minimum, tetapi sehingga kini tiada sebarang usaha ke arahitu,” katanya.


Dalam pada itu, Yusuf turut menyatakan tiada banyak perbezaan dari segi sasaran untuk Bajet 2018 berbanding tahun sebelum ini.


“Trend masih sama iaitu lebih kepada daripada segi bantuan kepada rakyat. Masih menggunakan mekanisme BR1M dan peruntukan tertentu untuk kawal pengeluaran makanan, namun hanya amaunnya sahaja yang berbeza,” katanya.


Yusof yang juga sebagai seorang pemerhati sememangnya mahu melihat satu benda baharu yang lebih proaktif dan pada masa sama berharap tiada sebarang usaha untuk meningkatkan hutang rakyat seperti yang dilihat dalam Bajet 2017.


“Memang baik pengumuman kerajaan dalam menggalakkan rakyat untuk pemilikan rumah, tetapi denga nmenggunakan caratingkatkan jangka masa hutang dan tingkatkan kadar pinjaman rakyat untuk membeli rumah. Ini tidak baik dan seolah-olah beri signal untuk rakyat terus berhutang.


“Pada pandangan saya, saya masih jangkakan ia lebih kepada mekanisme kurangkan kos hidup. Lihat pada tahun lepas, benar ada peruntukan bagi mengurangkan harga makanan dengan memfokuskan pengeluaran dan banyakkan keluaran, tapi lihat adakah harga turun? Tidak, tetapi ia semakin meningkat.


“Sepatutnya harus dikaji semula mengapa ia berlaku kerana kita tahu harga barang meningkat pasti kos hidup juga meningkat,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]