Selamat kembali Wee Wern

in Sukan by


LOW Wee Wern kini dikhabarkan sudah pulih sepenuhnya dan dijangka akan kembali beraksi selepas hampir 11 bulan terpaksa berehat akibat kecederaan ligamen lutut (ACL).


Berita ini pastinya akan menggaembirakan peminat skuasy negara untuk melihat pemain yang pernah berada di ranking kelima dunia itu kembali memegang raket skuasy dan menjulang kejuaraan untuk negara.


November tahun lalu, Wee Wern terpaksa menjalani pembedahan di London akibat kecederaan di lutut kirinya beberapa hari sebelum Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia yang menyebabkan beliau terpaksa menarik diri dan digantikan dengan Rachel Arnold.


Kecederaan itu bukan kali pertama menimpa pemain berusia 27 tahun kelahiran Pulau Pinang ini.


Kecederaan sama pernah membelenggunya pada Mac 2015 yang turut menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan dan berehat panjang.


Tabik semangat Wee Wern


Perkembangan positif Wee Wern nyata memberi berita gembira kepada Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM).


Pengarahnya, S Maniam berkata, beliau puji semangat semangat luar biasa Wee Wern untuk kembali pulih daripada kecederaan berulang itu demi negara.


“Boleh saya katakan Wee Wern kini sudah berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani proses pemulihan. Oleh sebab itu, dia kini sudah kembali menjalani latihan di dalam gelanggang.


“Saya amat kagum dengan semangat luar biasanya yang berusaha untuk pulih daripada kecederaan berulang ini walaupun ada yang meramalkan kecederaan itu akan menjadi penamat buat kariernya sebelum ini.


“Walaupun dia terpaksa menempuh banyak pembedahan dan melalui proses pemulihan yang lama, semua itu sanggup dilakukannya hanya kerana mahu bermain untuk negara,” katanya.


Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Maniam turut menaruh keyakinan yang tinggi berharap Wee Wern dapat menjadi antara pemain yang akan memperkuatkan cabaran pasukan wanita di Sukan Komanwel Gold Coast, tahun depan.


“Kami tidak akan menyenaraikan Wee Wern di Terbuka Malaysia minggu ini kerana mahu dia pulih sepenuhnya terlebih dahulu.


“Tapi kami memang berharap untuk menggunakan khidmatnya tahun depan bagi memperkuatkan cabaran pasukan wanita pada Sukan Komanwel,” ujarnya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]