Seorang adik bekas menteri dibebaskan SPRM

in Semasa by


KOTA KINABALU – Seorang daripada dua adik lelaki bekas menteri persekutuan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah dibebaskan pada 10 pagi ini.


Lelaki berumur 52 tahun berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta dua orang penjamin.


Perintah pembebasan lelaki berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie atas permohonan SPRM dan prosiding diadakan di sebuah hospital swasta di mana lelaki berkenaan sedang menerima rawatan.


Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Afiq Basiruddin ketika ditemui di luar hospital tersebut berkata lelaki itu sepatutnya dibebaskan esok namun SPRM memohon untuk membebaskannya hari ini kerana urusan siasatan setakat ini ke atas adik bekas menteri itu sudah selesai.


Lelaki berkenaan ditahan SPRM pada 10 Oktober lalu sebelum diperintah direman 10 hari bagi membantu siasatan SPRM. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]