Tatu kalimah ALLAH: Polis digesa siasat

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan polis berhubung penularan sebuah video menghina Islam.


Video yang tular dalam laman sosial memaparkan kaki kanan seorang lelaki mempunyai tatu tulisan ALLAH dalam bahasa jawi.


Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup meminta polis menyiasat individu berkenaan.

Tatu kalimah Allah


“PDRM dan SKMM diminta menyiasat,tangkap dan ambil tindakan tegas kepada individu tersebut.


“Ia melibatkan penggunaan kalimah ALLAH yang terdapat pada betis kanan individu tersebut seolah mempersenda Islam dan mewujudkan provokasi agama,” katanya.


Hadir sama membuat laporan polis adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]