Terengganu yakin rebut gelaran juara

in Sukan by


MESKIPUN ketinggalan 2-0 dalam aksi pentas final Piala Presiden di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu, pasukan bawah 21 tahun Terengganu enggan mengalah untuk memburu gelaran juara ketika turun melayang kunjungan Selangor dalam aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.


Sebaliknya, pengendali pasukan Terengganu, Mustafa Kamal Abdul Wahab tetap melahirkan keyakinan pasukannya mampu mengatasi defesit dua gol yang dimiliki Selangor sekaligus menamatkan penantian sejak 11 tahun lalu untuk menjulang kejuaraan.


Menurutnya, persiapan rapi telah dilakukan dengan menerapkan strategi ampuh bagi memastikan dua gol yang miliki Selangor  mampu dipadamkan.


“Apa yang saya boleh katakan, pemain sudah bersedia dalam setiap aspek perlawanan  dan mengharapkan sokongan padu daripada penyokong skuad Penyu dalam  menyuntik moral pemain yang turun dengan memburu gol awal.


“Malah, kehadiran semula tonggak  utama, Mohd Ridzuan Mohd Razali yang tidak beraksi dalam perlawanan pertama akibat mengutip dua kad kuning diharap mampu  menguatkan lagi pasukan dalam menggempur kubu pertahanan Selangor,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media perlawanan akhir kedua Piala Presiden di Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri  Terengganu (PBSNT) di Wisma Seri Amar di sini, petang tadi.Pada aksi final pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,Jumaat lalu, Selangor berjaya menundukkan Terengganu 2-0 hasil jaringan Badrul Amin Rusalan dan Muhd Syahmi Safari.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]