Yakin Juventus akan lebih baik

in Sukan by


PENGURUS Juventus, Massimiliano Allegri yakin pasukannya semakin bertambah baik selepas mencatat aksi hambar.


Juventus menumpaskan Sporting Lisbon 2-1 pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.


Biancenori sempat tertinggal dengan jaringan sendiri pemain mereka, Alex Sandro sebelum gandingan Miralem Pjanic dan Mario Mandzukic memastikan kemenangan pasukan dari kelab Itali itu.


Terdahulu, prestasi Juventus sedikit goyang apabila mencatat seri 2-2 menentang Atalanta dan tewas 1-2 di tangan Lazio dalam saingan Serie A.


“Saya gembira dengan kemenangan ini, tapi sedikit kecewa dengan prestasi pasukan ketika ini.


“Kami tidak berada dalam prestasi yang terbaik saat ini. Ada juga pemain yang baru kembali selepas berehat panjang dan ada yang baru pulang daripada tugas bersama pasukan kebangsaan,” katanya.


Allegri bagaimanapun optimis Bianconeri akan lebih baik pada bulan depan dan menggesa anak buahnya untuk terus bekerja keras.


“Pendekatan kami sederhana, berkorban dan bekerja keras serta lebih fokus di dalam pertandingan,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]