'Yeoh sumbangan besar kepada masyarakat Cina Malaysia'

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengasas syarikat YTL Group Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay telah memberikan sumbangan besar terhadap masyarakat Cina Malaysia dan sektor pendidikan.


Perdana menteri berkata Yeoh, yang meninggal dunia semalam juga telah membina empayar perniagaan yang amat berjaya.


“Tan Sri Yeoh Tiong Lay telah membina empayar perniagaan yang amat berjaya dan telah memberi sumbangan besar terhadap masyarakat Cina Malaysia, termasuk pendidikan. Semoga roh mendiang bersemadi dengan aman,” kata Najib dalam catatan di  Twitter beliau hari ini.


YTL Corporation Bhd dalam kenyataan pada Rabu berkata upacara keagamaan perhimpunan keluarga akan diadakan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu pada 8.30 malam manakala upacara persemadian akan diadakan pada 10 pagi, Ahad (22 Okt).


Jasad mendiang akan dibawa ke Nilai Memorial Park pada 12 tengah hari.


YTL Corp ialah antara 30 syarikat terbesar disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, membentuk antara syarikat komponen FTSE Bursa Malaysia KLCI, indeks penanda aras utama bursa. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]