10 bangunan termasuk 5 rumah hangus terbakar

in Semasa by


BAGAN SERAI – Sejumlah lima rumah kampung dan lima premis stor di Kampung Teluk, Jalan Jeti, di sini, hangus terbakar dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Abdul Nasir Jalil, berkata, dalam kejadian yang diterima pihaknya sekitar jam 3.58 pagi itu, sepuluh bangunan terbabit mengalami kebakaran antara 40 hingga 90 peratus.


Menurutnya, kebakaran turut memusnahkan sepuluh kenderaan termasuk dua lori perdagangan.


Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.


“Kebakaran melibatkan lima rumah kelas B dan C dengan kemusnahan 40 peratus, lima bangunan stor dengan keluasan 30 X 40 kaki musnah 90 peratus.


“Selain itu sepuluh kenderaan terlibat adalah Toyota Vellfire, Suzuki SJ,Suzuki Swift, Perodua Kancil, Mitsubishi Triton dan dua lori turut terbakar antara 10 hingga 90 peratus.


“Seramai 60 anggota termasuk bantuan dari BBP Kuala Kurau dan Persatuan Bomba¬† Sukarela (PBS) daerah ini termasuk Jawi dan Nibong Tebal,Pulau Pinang, berganding bahu memadamkan kebakaran terbabit.


“Kerja-kerja ‘overhaul’ masih lagi dijalankan,” katanya.


Abdul Nasir berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihaknya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]