30 tiket bola percuma untuk penderma darah

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Seramai 30 penderma darah terawal berpeluang mendapat tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kedah dan Felda United di Stadium Darul Aman, malam esok.


Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah,  Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tiket percuma yang disumbangkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu boleh didapati di pondok yang menempatkan bas derma darah Hospital Sultanah Bahiyah di pekarangan stadium berkenaan.


“Bas derma darah ini akan mula beroperasi seawal pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.


Dr Norhizan berkata program tersebut bertujuan menggalakan orang ramai menjadi penderma darah bagi memenuhi keperluan darah di negeri ini. – Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]