
KOTA TINGGI – Seramai 47 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi, di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, dua daripada mereka mengalami kecederaan.
Komander operasi kes itu, Pegawai Bomba Kanan ll Jaafar Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.47 pagi.
“Satu jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikerahkan ke tempat kejadian.
“Operasi kini masih sedang dijalankan,” katanya.
Source: SH Semasa
[featured-video-plus]