Bomba, penduduk bantu bina tandas untuk OKU

in Edisi Terengganu by


PAKA – Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka dan penduduk menjalankan gotong-royong membina tandas baharu di rumah seorang lelaki kurang upaya (OKU) di Kampung Nyior, di sini, baru-baru ini.


Projek baik pulih kemudahan tandas di rumah Ibrahim Ahmad, 55, itu dilaksanakan secara berperingkat menggunakan konsep Strategi Lautan Biru (NBOS) bagi memberikan keselesaan kepada lelaki berkenaan.


Pengerusi Jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung Nyior, Bazali Ahmad Laksana berkata, pihaknya berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek berkenaan.


Menurutnya, program itu dilaksanakan dengan konsep NBOS anjuran bomba Paka, JKKK dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Nyior.


“Projek ini dapat membantu memberi keselesaan kepada rakyat dan sebagai cakna pihak kerajaan.


“Sekarang proses pembinaan masih berjalan dan dijangkakan siap dalam masa terdekat,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]